Monday 12 December 2011

Akhirnya..saya dapat juga menyiapkan blog.

Syukur Alhamdulillah, setelah berusaha dan bertukus lumus menyiapkan blog ini akhirnya saya berjaya juga. Walaupun tidak sehebat rakan-rakan yang lain. Semoga apa yang saya paparkan di dalam blog ini akan dapat membantu rakan-rakan sebagai rujukan dan panduan. Ucapan terima kasih kepada pensyarah yang telah banyak memberi tip-tip berguna dalam usaha menyiapkan blog.Tidak lupa pada orang tersayang, suami tercinta yang banyak membantu saya dalam menyiapkan blog ini.

Friday 23 September 2011

Teknologi Maklumat dalam P & P

P & P dalam pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai inovasi sejak zaman sebelum merdeka hingga ke zaman letusan teknologi maklumat ataupun dalam Bahasa Inggeris " Information, Communication and Technology ( ICT )". Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah memperkenalkan penggunaan Teknologi Maklumat dalam proses Pengajaran & Pembelajaran di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Bagi memantapkan proses P & P di sekolah, guru-guru mesti menguasai penggunaan komputer dan ICT.